Wednesday 21 November 2012

Hari Keputeraan Sultan Johor & Pengisytiharan Bandar Diraja

"SELAMAT HARI LAHIR, TUANKU"



Esok, 22hb Nov merupakan hari cuti umum bagi seluruh rakyat Johor semperna Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Apa yang uniknya pada sambutan Hari Keputeraan pada tahun ini buat pertama kalinya Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran dan Pingat diadakan diluar Istana Besar, JB setelah 125 tahun diadakan di situ.

Kali ini sambutan hari keputeraan Sultan Johor akan diadakan di Bandar Maharani a.k.a Bandar Muar.  Sambutan kali ini juga berlansung selama 5 hari dari 22hb sehingga 26hb November. Tuanku sekali gus akan   mengisytiharkan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja. Dijangkan seramai 100,000 orang yang akan sertai sambutan kali ini.

Berikut adalah tentatif sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor serta Hari Pengisytiharan Bandar Diraja:


Semperna pengisytiharan ini, kini Muar telah dikurniakan satu monumen mercu tanda sebagai identiti bandar ini secara rasminya. Pada monumen itu terdapat empat gading gajah dan di atasnya terdapat kubah masjid dan juga terdapat perkataan "DAULAT TUANKU".

Jabatan Kerja Raya Daerah dipertanggungjawabkan untuk membuat reka bentuk monumen ini dan dipersembahkan kepada Tuanku. Monumen ini mendapat pembiayaan penuh kerajaan Negeri Johor. Monumen ini dibina di bulatan Sulaiman berhampiran Jalan Temenggong Ahmad.

Mercu Tanda Bandar Diraja Muar


RBW Blogspot
Gerbang Mahkota yang dibina pada tahun 1960 di hadapan Pantai Lido.

Mercu tanda ni semestinya menjadi kebanggaan seluruh penduduk Daerah Muar sekali gus menambah satu lagi keunikan di daerah ini.

Tuesday 20 November 2012

Protokol Eksport Akan Bankrapkan Industri Sarang Burung Walit


Entry kali ni aku copy paste dari sini.


TANJONG KARANG, 16 SEPT : Pengusaha sarang burung walit mendesak kerajaan pusat agar menunda tandatangan protokol eksport produk tersebut ke China yang dijadualkan pada 20 September ini.
Jika protokol itu ditandangani ia akan menyebabkan 90 peratus daripada jumlah pengeluaran sarang burung walit di Malaysia setiap bulan tidak dapat dieksport.
Perkara demikian diutarakan dalam memorandum daripada Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Sarang Burung Walet SeMalaysia, Lim Lai Soon kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di sini.
“Kesannya seluruh penternak akan mengalami masalah kewangan dan mengalami kesulitan untuk membayar pinjaman daripada institusi bank di Malaysia,” kata Lim Lai semasa membacakan memorandum yang diserahkan kepada Noh di sini semalam.
Beliau berkata demikian bagi mewakili sembilan persatuan yang berkaitan dengan industri burung walit negara.
Ia melibatkan Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit se Malaysia, Persatuan Penternak Malaysia, Persatuan Pengeksport Malaysia, Komiti Penyelamat Industri Burung Walit, Komiti Gerakan Burung Walit.
Turut sama, Persatuan Peniaga Burung Walit, Persatuan Industri Sarang Burung Walit Perak, Persatuan Penternak Kuala Krai dan Gabungan Persatuan-Persatuan Industri Burung Walit Pahang.
Ujar beliau lagi, syarat untuk memasang Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walit yang menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) adalah cadangan pihak-pihak tertentu untuk membolehkan mereka mengaut keuntungan.
Sebelum ini, sistem itu dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) isi kandungan dan infrastruktur komunikasi (CCI) itu dilancarkan pada 12 Ogos tahun lalu.
Memorandum tersebut dihantar ke Noh selepas kira-kira 300 pengusaha dan aktivis Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di perkarangan pejabat Umno Tanjong Karang.
Turut serta di dalam himpunan itu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.
Sementara itu, Badrul Hisham berkata, industri burung walit akan mengalami kemerosotan ekoran isu-isu yang tidak ditangani dengan baik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Ujarnya, kerajaan masih tidak menyelesaikan isu-isu tersebut walaupun pengusaha sarang burung walit sudah kerap kali bertemu kementerian.
“Ada beberapa isu yang tidak didengari, dan pengusaha pergi berjumpa dengan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan bertemu dengan pihak Pakatan Rakyat.
“Kami bertindak sebagai ‘posmen’ bagi menyampaikan masalah ini,” kata Badrul Hisham bila ditemui.
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tidak wujud persoalan pihak Pakatan mempolitikkan isu pengusaha sarang burung walit kerana masalah ini sudah berlanjutan sejak lebih setahun.
Ujar Ng, selepas aduan dikemukakan kepada pihaknya barulah isu ini di bawa kepada kementerian untuk diambil perhatian serius.
“Saya minta pihak kerajaan agar memulihkan semula perniagaan sarang Burung Walet ini secara perniagaan bebas jangan kongkong dan ada pihak yang memonopoli,” kata Suee Lim.
Sementara itu, Noh mengakui kelemahan di pihaknya dalam menangani isu sarang burung walit.
“Sebab itu markah KPI saya gagal untuk masalah rumah sarang Burung Walit. Saya ambil itu sebagai tanggungjawab. Ini adalah masalah sejak tahun lepas,” katanya semasa majlis serahan memorandum itu.

Monday 19 November 2012

Perbezaan WB dan Burung Layang-Layang


Minat yang mendalam dalam bidang penternakan BW membuatkan aku tak jemu-jemu cari informasi pasal haiwan a.k.a binatang ni.

Hari ni aku terbaca mengenai perbezaan antara BW dan burung layang-layang.  Aku rasa mesti ramai yang diluar sana pun tak tahu yang BW dan burung layang-layang sebenarnya bukan la burung yang sama.

Berikut adalah perbezaan antara kedua jenis burung ini:

                                                                                                                    
BURUNG WALIT 
BURUNG LAYANG-LAYANG
Famili Apodidae
Famili Hirudininae
Tidak boleh bertenggek
Bertenggek
Sarang boleh dimakan
Sarang tidak boleh dimakan
kerana dibuat dari rumput dan batu
Terdapat 8 spesies
Terdapat 74 spesies

#thanks for reading this little info ;)

Saturday 17 November 2012

Kejatuhan Harga Sarang Burung

 
Setakat ini harga sarang burung dikatakan semakin merundum.  Antara punca dan sebab-sebabnya ialah wujudnya sarang burung walet tiruan.  Ada yang membuat sarang burung ini dengan menggunakan bahan dari agar - agar dan yang lebih teruk ada juga yang menggunakan bahan daripada plastik.
 
 
Sebelum ini harga sarang burung walet mencecah 4k sekilogram tetapi kini hanya 2k sahaja sekilogram.
 
 
Hal ini disebabkan daripada kewujudan pihak suplier yang melakukan penipuan semasa proses menjual dan mengeksport sarang burung walet ke negara China.  Kini, pembeli China tidak lagi mempercayai kualiti sarang burung dari negara kita dan seterusnya menjatuhkan pasaran sarang burung ini.
 
Bagi aku, aku tak nak eksport2 ni.  Aku cuma jual hasil sarang burung ni kepada pembeli sekitar kawasan berdekatan sahaja.
 
Sarang burung ini aku proses sendiri dan aku pasarkan sendiri tanpa orang tengah.  Sup yang aku hasilkan ni pulak 100% tanpa bahan pengawet dan ada ditambah dengan ramuan istimewa.


 
proses pembersihan sarang burung
 
 
 
Sup yang telah siap dimasak


Wednesday 14 November 2012

Khasiat Sarang Burung Walet


Tahukah anda bahawa harga sarang burung yang telah dibersihkan boleh mencecah harga dari RM12,000 hingga RM24, 000 sekilogram? 

Pelbagai kajian telah dijalankan dan telah membuktikan bahawa sarang burung layang-layang atau walit ini mempunyai khasiat yang tinggi terhadap kesihatan semua peringkat umur. 

Antara khasiat yang terkandung di dalam sarang burung layang-layang ialah: 


 1. Faktor stimulasi mikrogenik yang terkandung pada sarang burung itu dapat membantu meransang sel dan    penghasilan semula struktur sel badan yang menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. 

 2. Mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dan pembentukan sel darah merah.
 
 3. Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia. 

 4. Wanita hamil yang mengamalkan pengambilan sarang burung layang-layang akan menjadikan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan. 

 5. Bahan-Bahan aktif yang terkandung di dalam sarang burung laying-layang mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah. 

 6. Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. 

 7. Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan. 

 8. Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan. 

 9. Pengambilannya ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan. 

 10. Pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh. 

 11. Dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan serta dapat meningkatkan kecergasan IQ bagi kanak-kanak. 

 12. Dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah bagi perokok. 

 13. Melalui kajian dan ujian makmal di Hong Kong dan China mendapati sarang burung mengandungi nutrient dan garam mineral yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia seperti di bawah: 


  •  Gikoprotein 
  •  Kalsium 
  •  Zat besi 
  •  Fostorus 
  •  Iodin

Tuesday 13 November 2012

Muar Bandar Diraja 2012



 Muar terletak di barat laut negeri JohorMalaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.


Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.
Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.



Muar adalah tempat lahirnya Ghazal, muzik tradisi warisan Johor yang mempunyai unsur-unsur Parsi. Kumpulan Ghazal terkenal uar ialah Seri Maharani Ghazal Parti pimpinan Ahmad Jusoh dan Fadhil Ahmad . Antara lagu terkenal kumpulan ini adalah "Dia Datang", "Puteri Ledang"


Salah satu daripada aliran silat yang telah berkembang di Muar ialah Silat Sendeng Malaysia yang telah diasaskan oleh Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor.